TMK

TMK

Wednesday 15 October 2014

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ELEKTRONIK

Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data
secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi:

Generasi Pertama
Bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information
Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di
bulan yang berasaskan kepada hirarki.

Generasi Kedua
Merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian
sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL)
yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam
generasi ini.

Generasi Ketiga
Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan
penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan
data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem
pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data
yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula
merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma
penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

Contoh Sistem Pengurusan Pangkalan Data


















Tuesday 14 October 2014



Perisian Rangkaian (Sistem Pengendalian Rangkaian)
        Sistem Pengendalian Rangkaian (NOS) merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem pengoperasian ke atas rangkaian komputer. 
           
Fungsi Sistem Pengendalian Rangkaian:
1.   Membolehkan pelayan menguruskan data, pengguna, kumpulan, keselamatan, aplikasi dan lain-lain fungsi rangkaian.
2.  Membenarkan perkongsian fail/maklumat dan akses pencetak oleh pengguna dalam rangkaian.
3.      Mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di dalam rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertindak sebagai pengarah untuk memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berfungsi dengan sempurna dan sistematik.

Contoh Sistem Pengendalian Rangkaian :
1.      Rakan ke Rakan (Peer to Peer):
            AppleShare, NetWare Lite dan Windows for WorkGroup.




2.      Pelanggan-Pelayan (Client-Server):
            Novell Netware, Windows Server, Banyan VINES












Komponen Rangkaian
          
Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :

         a) Kabel rangkaian          b) Kad antaramuka rangkaian (NIC)
         c) Hab                             d) Suis (Switch)
         e) Modem                        f) Penghala (Router)
         g) Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)


a)  Kabel rangkaian dan RJ45

Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
    Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.




b)  Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)
 
  Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
    Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
  Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.



c)  Hab
 
  Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
   Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
    Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.



d)  Suis ( switch )

    Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.






e)  Modem

     Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.




f)  Penghala (Router)

     Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
     Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan  penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza. 




Penghala (Wireless N-150 ADSL2+ 4-Port Router All in One)

       Kini, teknologi  penghala telah berkembang dan semakin maju di mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.


 



g)  Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

     Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
     Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
     Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.